Thursday, 3 March 2016
Wednesday, 2 March 2016
Jeruk Cili Hijau
Ishhh... Jeruk Cili Hijau nie antara penyedap bila di makan bersama
Char Kuey Tiow atau hidangan goring seperti mee, bihun dan apa saja la...
Bak kata peminat tegar cili... kalau tak ada cili tak umppph....
Kat sini Abah nak kongsi resepi tentang Jeruk Cili Hijau...
Bahan-bahannya :
12-15 biji cili hijau
1 cawan gula pasir
1 cawan cuka makan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kapur makan
Cara nak
membuatnya :
Ø Basuh dahulu cili hijau & kemudian potong menyerong ataupun
secara membulat.
Ø Kemudian cari penapis plastic yang berlubang agak-agak biji-biji
cili boleh terkeluar.
Ø Selepas itu rendam dalam 30 minit dalam air kapur.
Ø Bersihkan cili daripada air kapur dengan menggunakan air panas.
Ø Masukkan kedalam bekas.
Ø Sementara itu masakkan gula, cuka, garam dan air sehingga mendidih.
Ø Setelah mendidih curahkan ke dalam bekas yang berisi cili hijau yang
telah dipotong tadi.
Ø Botol ditutup & disimpan dalam peti sejuk lebih kurang anggaran
1 hari.
Ø Lagi lama disimpan lagi umphhhhhhhhh rasa nya.
- SELAMAT MENCUBA
-
Subscribe to:
Comments (Atom)



